TPM Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Rasmi - Berita Semasa | mStar

TPM Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Rasmi

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Isnin untuk lawatan rasmi dua hari ke Sabah.

Muhyiddin tiba dengan pesawat khas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 4.40 petang.

Beliau diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan disambut oleh timbalan-timbalan ketua menteri, anggota kabinet negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Muhyiddin akan menghadiri majlis makan malam tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO dan Jawatankuasa Barisan Nasional Negeri pukul 7 malam. Pada Selasa, beliau dijadual berlepas ke Semporna dan dijangka tiba di daerah itu kira-kira pukul 9.20 pagi bagi menghadiri Majlis Mesra Rakyat dan Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Padang Pekan Semporna pukul 10 pagi.

Beliau juga akan membuat perjumpaan khas dengan guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), penjawat awam dan pemimpin masyarakat di Dewan Masyarakat Semporna pukul 12 tengah hari.

Pada pukul 3 petang, Muhyiddin akan menghadiri Majlis Penyerahan BR1M di Dewan Masyarakat Tawau sebelum berlepas pulang ke ibu negara pukul 5 petang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan