Tiada Gelombang Kedua H1N1:Liow

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang maklumat berhubung gelombang kedua virus influenza (H1N1) merebak di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, influenza (H1N1) memang masih wujud dalam komuniti negara ini tetapi berada di bawah paras yang rendah.

"Pemantauan telah dilakukan di seluruh klinik terhadap pesakit yang mengalami tanda-tanda awal seperti selesema dan demam panas.

"Kami telah membuat pemeriksaan rambang dalam kahak atau selesema mereka sama ada ia adalah virus H1N1 atau virus H3N2 iaitu jangkitan selesema biasa dan boleh sembuh dalam masa yang singkat," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian bantuan pinjaman Yayasan Chang Ming Thien untuk pelajar kurang mampu di Wisma MCA di sini, Isnin.

Sementara itu, Liow berkata pihaknya menjalankan pemantauan yang berterusan berhubung virus selesema burung (H5N1) bagi membendung jangkitan berkenaan.

"Selesema burung berada di sekitar kita tetapi bukan dalam negara ini tetapi di negara seperti China dan Indonesia.

"Jadi kita sedang awasi ternakan ayam kita sekiranya terdapat selesema burung, kita akan hapuskan kesemuanya dengan segera.

"Kerana kadar kematian lebih tinggi apabila kita dijangkiti wabak ini iaitu kira-kira 60 peratus lebih cepat menular berbanding H1N1 iaitu sebanyak 0.04 peratus," katanya. Pada 7 Jan lepas, seorang lelaki di Jakarta berumur 24 tahun mati akibat jangkitan virus selesema burung manakala seorang lagi lelaki berusia 39 tahun turut terkorban di Shenzhen, China pada 3 Jan lalu.

Liow turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada kerana wabak denggi semakin meningkat iaitu sebanyak 400 kes dalam tempoh seminggu lepas.

"Saya menyeru orang ramai supaya meneruskan kempen memerangi dan membanteras denggi habis-habisan kerana ini satu-satunya wabak yang berbahaya," katanya.

Liow berkata pihaknya sedang menjalankan kajian untuk menghasilkan vaksin denggi dan kemungkinan keputusan akan diperoleh pada 2014 atau 2015. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan