SPRM Tubuh Unit Petugas Khas Kenal Pasti Mekanisme Pengisytiharan Harta Hakim

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentuk sebuah Unit Petugas Khas bagi mengenal pasti mekanisme sesuai untuk pelaksanaan dan pemantauan proses pengisytiharan harta para hakim seperti dicadangkan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.

Unit itu diketuai Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Shaharudin Khalid, menurut SPRM dalam satu kenyataan pada Isnin. SPRM berkata ia menyambut baik cadangan Arifin dan penglibatan unit itu kelak adalah selaras dengan Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran 1993.

Arifin membuat cadangan itu ketika berucap merasmikan Persidangan Hakim-Hakim Malaysia di Putrajaya, Ahad.

Beliau turut memaklumkan bahawa Badan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM dalam perkara itu.

"Suruhanjaya ini menyambut baik dan berpandangan tindakan mengisytihar harta oleh hakim-hakim adalah satu tindakan yang dijangka dapat memperkasa integriti institusi kehakiman di negara ini.

"SPRM dari semasa ke semasa bersedia membantu mana-mana agensi awam dan swasta dalam mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem dan prosedur untuk penambahbaikan atau memperkenalkan sistem dan prosedur baru untuk meningkatkan integriti institusi," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, hakim-hakim yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah tertakluk kepada Undang-undang dan Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993.

"Untuk makluman, semua penjawat awam diwajibkan mematuhi Peraturan 10 Perintah-Perintah Am Peraturan-peraturan Awam yang perlu mengisytiharkan secara bertulis kepada pihak berkuasa tatatertib melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya dan keluarga.

"Ketua Jabatan jika berpuas hati hendaklah merekodkan di dalam Buku Perkhidmatan bahawa pengisytiharan tersebut telah dibuat," kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan