PM Dijadual Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang Isnin Ini - Berita Semasa | mStar

PM Dijadual Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang Isnin Ini

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini Isnin depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Najib dijangka berucap pada majlis itu yang akan diadakan di Tanjong City Marina.

Majlis itu yang bertemakan 'Najib Untuk Kesederhanaan' dianjurkan bersama oleh parti komponen BN dan dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan di sini Isnin.

Beliau berkata tema kesederhanaan dipilih berikutan sokongan Najib terhadap 'Kesederhanaan Sebagai Langkah Ke arah Keamanan Dunia' pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun lepas.

"Di samping meraikan Tahun Baru Cina pada majlis Rumah Terbuka BN, orang ramai yang menghadiri sambutan itu juga boleh menunjukkan sokongan mereka terhadap kesederhanaan bagi keamanan global," katanya.

Dr Teng turut mengundang semua penduduk di negeri ini ke majlis Rumah Terbuka itu untuk sama-sama memeriahkan sambutan.

"Kami akan menjemput semua penduduk Pulau Pinang daripada pelbagai kaum dan latar belakang politik ke rumah terbuka itu," katanya.

Antara kemuncak majlis itu yang akan bermula pada 4 petang dan berakhir pada 7 malam ialah pertunjukan kebudayaan tradisional, persembahan orkestra dan pemberian angpau kepada kanak-kanak. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan