PKR Bidas Kenyataan Pengurusan NFC

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertikaikan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Wan Shahinur Izmir Salleh pada Ahad mengenai operasi NFC berjalan seperti biasa meskipun kerajaan mengarahkan aset perbadanan itu dibekukan.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoalkan adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan?

“Tindakan ‘membekukan aset NFC’ sepatutnya bermakna sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan.

“Pengurusan sedia ada yang terdiri daripada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit dengan operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Wan Shahinur yang merupakan anak kepada Shahrizat dalam satu kenyataannya pada Ahad menjelaskan bahawa walaupun aset telah dibekukan, namun perniagaan NFC berjalan seperti biasa.

Beliau berkata, bekalan daging lembu akan diteruskan dan semua tempahan turut dipenuhi dan bagi meyakinkan para pelanggan, pekerja dan vendor, tiada sebarang gangguan kepada operasi harian.

Selain itu, Rafizi berkata, tindakan pembekuan tersebut turut bermaksud sebarang pemindahan wang keluar dari NFC termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta.

Ini termasuk sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“Kenyataan NFC menunjukkan masih terdapat penggunaan wang dan pengurusan operasi yang membawa risiko besar sehingga menjejaskan bukti dan rekod kewangan.

“Oleh itu, Keadilan mengulangi desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam operasi NFC dan melantik pentadbir untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku.

“Sekiranya ini tidak berlaku, Keadilan tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak agar bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” katanya lagi.

Sabtu lalu, Najib mengesahkan kesemua aset NFC dibekukan dan menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji langkah penyelesaian terbaik dalam isu NFC.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan