Peruntukan RM490 Juta Akan Diguna Untuk Baik Pulih Sistem Pengairan:Zambry Kadir

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Peruntukan RM490 juta yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi projek tebatan banjir di Kerian akan diguna untuk membaik pulih dan menaik taraf sistem pengairan di daerah itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerja melibatkan kawasan tadahan air iaitu Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Tasik Merah serta kawasan sekitar yang sering dilanda banjir.

"(Ini) Termasuk beberapa sungai kecil yang mengalir daripada kawasan Bagan Serai yang mengalir sehingga ke kawasan Kuala Kurau. Kawasan ini melibatkan kawasan di Tasik Merah dan beberapa parit-parit yang sering kali di tenggelami air apabila hujan lebat," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, turut menyatakan penghargaan terhadap keprihatinan Najib yang semasa lawatannya ke Perak pada Sabtu mengumumkan pembinaan hospital baru di Kerian.

"Dengan adanya kemudahan ini ia dapat memenuhi impian penduduk di sini. projek tebatan banjir dan hospital merupakan projek yang diimpikan dengan jumlah keseluruhan peruntukan itu sebanyak RM1 bilion," kata Zambry.

Mengenai sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Zambry berkata lebih 120,000 orang mengunjungi ekspo itu yang mencatatkan urusniaga bernilai RM2.2 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan