Perniagaan NFC Seperti Biasa Walaupun Aset Dibeku

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun aset telah dibekukan, namun perniagaan seperti biasa bagi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Pengarah Eksekutifnya, Wan Shahinur Izmir Salleh berkata, bekalan daging lembu akan diteruskan dan semua tempahan turut dipenuhi.

Bagi meyakinkan para pelanggan, pekerja dan vendor, Wan Shahinur berkata, tiada sebarang gangguan kepada operasi harian.

“Malah, aset kami telah dibekukan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab sejak Disember tahun lepas.

“Kami telah meneruskan kerjasama penuh sejak awal lagi dalam usaha untuk membantu siasatan agar lancar dan teliti.

“Oleh itu, kami memberi jaminan kepada pelanggan, vendor dan begitu juga dengan kakitangan bahawa mereka akan terus diberikan perkhidmatan dan bekerja sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kenyataan itu menambah, NFC membekalkan daging lembu kepada lebih 169 pelanggan termasuk pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, pasar basah, pengeluar daging diproses, hotel, restoran dan kafe.

Syarikat itu turut menjelaskan bahawa sebanyak 4,500 lembu akan terus dipelihara di Negeri Sembilan bagi memenuhi sasaran terhadap bekalan dan objektif Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara.

NFC juga telah menerima import 1,500 lembu dari Australia.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan