Pengumuman Exco Ganti Hasan Ali Pada Rabu – MB

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengumuman Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bakal menggantikan Datuk Dr Hasan Ali hanya akan dibuat pada Rabu ini, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Twitternya pada pagi Isnin.

Jumaat lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah berkenan membatalkan pelantikan Hasan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Keputusan itu dibuat atas nasihat Abdul Khalid kepada baginda ketika menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

"Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi ahli Exco dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulissurat pembatalan pelantikan Datuk Dr Hasan sebagai ahli Exco," katanya pada sidang media Jumaat lalu.

Sebelum ini, Abdul Khalid meminta Hasan mengosongkan jawatan Exconya secara sukarela kerana beliau telah dipecat daripada PAS dan tidak lagi mewakili parti itu dalam kerajaan negeri.

Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat daripada PAS kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu.

Beliau memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan