Pelajar Diberi Pilihan Belajar Pandu Kereta Auto Atau Manual

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar yang enggan membayar lebih untuk belajar memandu kereta automatik boleh memilih belajar memandu kereta manual yang cajnya lebih murah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata caj untuk belajar memandu kereta automatik memang akan lebih tinggi daripada biasa tetapi pengguna masih mempunyai pilihan lain.

"Pelajar tidak perlu rasa terikat kerana jika tidak mahu bayar lebih, boleh pilih kereta manual kerana lesen kereta manual boleh juga bawa (memandu) kereta automatik tetapi kalau lesen kereta automatik cuma boleh bawa kereta automatik sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012 di Pudu Sentral di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai ura-ura sekolah memandu hendak mengenakan caj 10 hingga 15 peratus lebih tinggi untuk belajar memandu kereta automatik sahaja.

Kong berkata lesen pemanduan kereta automatik itu akan diperkenalkan pada pertengahan tahun ini dan ia merupakan satu perkembangan yang sudah pun bermula di negara maju.

Sementara itu, Kong menyarankan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam khususnya bas sebagai pilihan utama mereka untuk balik kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.

"Pengangkutan awam kita terutamanya bas sangat selamat dan ini dibuktikan semasa Ops Statik Tahun Baru Cina pada 2011 di mana kemalangan yang melibatkan bas awam hanya satu sahaja dan sifar pada musim perayaan Aidilfitri tahun itu," katanya.

Katanya, kajian yang dibuat oleh polis sepanjang Ops Statik 2011 menunjukkan bahawa kemalangan paling banyak berpunca daripada sikap manusia iaitu 85 peratus, keadaan jalan 10 peratus dan kualiti kenderaan tiga peratus.

"Ops Sikap pada musim perayaan Tahun Baru Cina 2012 kali ini akan menumpukan usaha kepada penunggang dan pembonceng motosikal kerana mereka yang paling ramai terkorban pada 2011," katanya.

Kenderaan berat kecuali lori-lori yang membawa makanan dilarang menggunakan lebuh raya dan jalan persekutuan pada 21, 22, 28 dan 29 Jan untuk mengurangkan risiko kemalangan kepada kenderaan kecil yang lain, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan