Hakim Kanan Tidak Boleh Pengaruhi Hakim Mahkamah Rendah

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hakim kanan tidak boleh mempengaruhi hakim mahkamah tinggi dan mahkamah rendah dalam membuat keputusan mereka dalam kes di mahkamah, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria pada Isnin.

Beliau berkata laporan polis boleh dibuat jika berlaku cubaan untuk campur tangan dalam urusan penghakiman.

"Hakim mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh seseorang majistret. Tidak seorang pun boleh berbuat demikian, malah Ketua Hakim Negara tidak boleh bercakap dengan majistret.

"Jika saya memberitahu majistret memutuskan ikut satu cara, ia adalah satu kesalahan," kata Arifin ketika menutup Persidangan Hakim-Hakim Malaysia di Hotel Marriot Putrajaya di sini.

"Tidak sesiapun boleh mengatasi undang-undang," katanhya.

Ketua Hakim Negara berkata hakim mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dilantik hakim pengurus menyelia aspek pentadbiran di Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah tidak boleh mencampuri urusan membuat keputusan oleh hakim mahkamah tinggi dan mahkamah rendah. Arifin berkata amalan mengadakan hakim pengurus bagi menyelia pentadbiran di mahkamah rendah akan diteruskan.

"Ini kerana ia satu amalan baik. Hakim-hakim di mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan adalah hakim berpengalaman dan mereka akan menolong dan membimbing hakim bawahan," katanya.

Beliau berkata hakim pengurus dilantik memantau jumlah kes mahkamah ditetapkan untuk didengar dalam sehari dan berapa pula jumlah kes yang diselesaikan dalam menentukan lancarnya pentadbiran kehakiman. Sistem mengadakan hakim pengurus ini diperkenalkan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, yang menggantikan sistem sebelumnya di mana seorang hakim yang bertaraf kanan sama dikehendaki mengurus mahkamah.

Arifin berkata Persidangan Kedua Hakim-Hakim akan diadakan di pertengahan tahun ini untuk membolehkan Badan Kehakiman melihat setakat mana kemajuan dicapai.

Sementara itu Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif berkata jumlah hakim duduk dalam panel hakim rayuan mendengar kes-kes jenayah dan sivil tidak akan ditambah.

Beliau bagaimanapun berkata beliau akan menimbang menetapkan sesuatu panel terdiri lebih daripada tiga orang hakim dalam kes luar biasa sekiranya permohonan dibuat oleh pihak-pihak berkenaan dalam kes tersebut.

Di pembukaan Tahun Perundangan 2012 Sabtu lepas, Arifin mengumumkan mulai bulan ini semua kes jenayah dan sivil di Mahkamah Persekutuan akan didengar oleh panel lima orang hakim berbanding tiga orang hakim sebelum ini.

Beliau berkata pertambahan jumlah hakim duduk dalam panel tersebut bertujuan menambahbaik kualiti penghakiman dan keputusan yang dibuat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan