AUCMS Akan Bina Dua Hospital Menjelang 2015

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) akan menubuhkan dua hospital sendiri di Pulau Pinang menjelang 2015.

Presiden AUCMS Prof Datuk Dr Zainuddin Md Wazir berkata hospital pertama akan dibina di Kepala Batas di atas tanah berkeluasan 2.4 hektar manakala hospital yang kedua dibina di Bertam di kawasan seluas 10 hektar.

"Kerja-kerja pembinaan di hospital pertama yang menempatkan 200 katil bermula pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada pertengahan 2013 manakala pembinaan bagi hospital kedua yang menempatkan 800 katil bermula 2013 dan dijadual siap pada akhir 2015," katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Bernama dan AUCMS di sini, Isnin.

AUCMS diwakili Dr Zainuddin manakala Bernama diwakili Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan.

Majlis MoU itu turut disaksikan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong dan Timbalan Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh.

AUCMS bersetuju melanggan pakej bersepadu Bernama berjumlah RM500,000 setahun manakala Bernama akan memberi publisiti kepada AUCMS sepanjang 2012.

Dr Zainuddin berkata anggaran perbelanjaan bagi membina kedua-dua hospital itu ialah RM2 bilion.

Selain itu, Dr Zainuddin berkata AUCMS juga akan mewujudkan 200 klinik di seluruh negara pada tahun ini.

"Kita mahu setiap kursus pendidikan yang ditawarkan di AUCMS turut menawarkan perkhidmatan di klinik-klinik kita," katanya.

AuCMS juga bercadang membuka 14 kampus lagi di seluruh negara. Pada masa ini terdapat lima kampus AUCMS di seluruh negara.

Mengenai pemilihan pelajar ke AUCMS, Dr Zainuddin berkata pihaknya amat berhati-hati dan hanya mengambil pelajar yang layak untuk diterima masuk ke AUCMS.

"Kita memang mengambil pelajar dalam jumlah yang sedikit supaya mutu pelajar dapat dikawal," katanya.

Katanya kini AUCMS mempunyai kira-kira 8,000 pelajar di kampus Kepala Batas, kira-kira 2,000 pelajar di kampus Kulim, Kedah dan di kampus Kangar Perlis mempunyai kira-kira 1,000 ke 1,200 pelajar.

Beliau berkata selepas 10 tahun ditubuhkan sejak 2002, AUCMS berjaya melahirkan lebih 150 orang doktor.

Dr Zainuddin berkata AUCMS merupakan satu kolej universiti swasta berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan memfokuskan kepada pendidikan perubatan dan sains kesihatan bersekutu.

Setakat ini, AUCMS mempunyai empat fakulti yang menyediakan pelbagai kursus kepada para penuntut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, matrikulasi dan setaraf dengannya iaitu Fakulti Perubatan, Kejururawatan, Sains Bersepadu dan Fakulti Sains Sukan.

Antara kursus yang ditawarkan ialah program perubatan 'Doctor of Medicine Universiti Kebangsaan Malaysia (MD-UKM)', 'Doctor of Medicine Universitas Sumatera Utara (MD-USU), Diploma Farmasi, Diploma Fisioterapi dan Diploma Sains Sukan, katanya.

Katanya AUCMS merangka empat lagi fakulti yang sedang mengatur program baru. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan