Warga Australia Cari ‘Amah’

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suatu ketika dahulu: Sekeping gambar lama yang tidak bertarikh menunjukkan(dua dari kanan) Lim di pantai bersama O'Keefe, anak-anak perempuannya Jennifer, 4, dan Kathleen dengan seorang rakan keluarganya (kanan).
Suatu ketika dahulu: Sekeping gambar lama yang tidak bertarikh menunjukkan(dua dari kanan) Lim di pantai bersama O'Keefe, anak-anak perempuannya Jennifer, 4, dan Kathleen dengan seorang rakan keluarganya (kanan).

PETALING JAYA: Seorang pesara warga Australia mahu menyatukan kembali amah (pembantu rumah) keluarganya selepas empat dekad berpisah.

Nekad untuk menyatukan semula dengan pembantu domestik itu, Pamela O’Keefe berkata, beberapa percubaan telah dibuat untuk mencari di mana Lim Swee Lian berada yang dipercayai ketika ini berusia dalam lingkungan 50an.

Surat terakhir yang diterima oleh O’Keefe daripada Lim bertarikh 13 April 1979.

“Anak perempuan bongsu saya, Kathleen dilahirkan di Malaysia dan saya teringin untuk membawanya ke tempat asal dia.

“Dengan keizinan Tuhan sekiranya kami dapat mencari dia (Lim), kami bersedia untuk membayar perbelanjaannya untuk membawanya ke Australia supaya dia juga boleh bertemu dengan keluarga lain. Kami mencari seorang teman, bukan amah,” katanya.

Dia menambah, keluarganya telah meminta bantuan daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra selain melakukan carian di Internet.

“Kami juga telah menulis beberapa emel kepada akhbar-akhbar Malaysia bagi membantu kami dalam usaha mencari dia tetapi mereka tidak berjaya setakat ini,” kata O’Keefe, 71, dalam satu perbualan telefon dari Queensland, di tempat dia menetap pada masa ini.

O’Keefe mengimbas kembali kenangan manis keluarganya seramai enam orang bersama Lim sambil menyifatkan bekas pembantu domestik itu merupakan seorang yang tenang tetapi berpendirian kental.

Lim telah tinggal dengan O’Keefe selama lebih setahun untuk menjaga empat orang anak bagi keluarga itu dari yang baru dilahirkan sehingga yang berusia sembilan tahun.

O’Keefe berkata, keluarganya menetap di Malaysia dari tahun 1970 sehingga 1972 berikutan suaminya ditugaskan di Suruhanjaya Perdagangan Australia di Kuala Lumpur.

“Lim datang kepada kami ketika dia masih remaja, mungkin dalam lingkungan umur 15 tahun.

“Dia seorang gadis yang pandai untuk belajar perkara-perkara baru dengan cepat dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kami banyak bergembira bersama-sama dan tidak mempunyai masalah dengan dia,” katanya O’Keefe yang kini mempunyai tujuh cucu.

O’Keefe berkata, dia bercadang untuk ke Kuala Lumpur pada suku pertama tahun ini bagi mencari Lim.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan