Sultan Perak Lancar Biografi Kawan Sejak Dari Kecil - Berita Semasa | mStar

Sultan Perak Lancar Biografi Kawan Sejak Dari Kecil

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada Ahad melancarkan biografi kawan baginda sejak dari kecil, Datuk Seri N. S. Selvamany, yang ditulis dan diterbitkan oleh bekas pelajar beliau.

Buku mengenai bekas guru ekonomi di Sekolah Anderson Ipoh itu bertajuk 'Selvamany: Lebih Daripada Seorang Guru', ditulis oleh Dr Rokiah Talib, Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekas profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya.

Penerbitan buku itu yang bukan untuk dijual, diusahakan menerusi sumbangann daripada bekas pelajar-pelajar Selvamany yang kini berusia 86 tahun.

Selvamany, rakan sekolah Sultan Azlan Shah ketika baginda menjadi pelajar di Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Gajah, sekarang dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf, adalah Tokoh Guru Perak bagi tahun 1996 dan Tokoh Guru peringkat kebangsaan setahun selepas itu.

Sultan Azlan Shah, dalam kata aluan di buku itu berkata:" Ia satu penghargaan daripada sekumpulan pelajar Sekolah Anderson,(yang turut disokong oleh rakan lain di sekolah yang sama, Sekolah Menengah Idris Shah dan Sekolah Menengah Seri Teja, Gopeng) yang percaya guru mereka itu memberi kesan besar terhadap kehidupan mereka menghadapi cabaran dunia moden.

"Selvamany dilihat mewarisi pengaruh datuk beliau (Malaiperumal Pillay yang mengasaskan Sekolah Sultan Yussuf), yang begitu berminat terhadap bidang pendidikan.

"Sebenarnya beliau merupakan seorang guru berbakat menggambarkan kemuliaan profesion perguruan dan lebih daripada itu beliau menganggap semua anak muridnya seperti anaknya sendiri," katanya.

Noraziah dalam upacan aluannya berkata biografi berkenaan bukan semata-mata mewakili urutan mengenai kehidupan dan kerjaya beliau sebagai seorang guru malah turut menceritakan pelbagai corak keperibadiann beliau yang unik.

Ramai bekas pelajar beliau hadir di majlis itu termasuk Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Berangkat hadir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan