NGO Wanita Disaran Fikir Di Luar Kebiasaan - Rosmah

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu para pemimpin dan anggota pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan yang mewakili kaum wanita supaya keluar daripada zon selesa dan lebih kreatif dalam menganjurkan aktiviti mereka.

Katanya, mereka perlu berani berfikir luar dari jangkauan atau berfikir di luar kebiasaan dan bersedia menerima idea-idea baru supaya masyarakat dapat merasai khidmat yang mereka hulurkan.

Ini sekaligus dapat mengangkat martabat persatuan yang disertai ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan, kata Rosmah.

"Puan-puan perlu peka bahawa berdasarkan peredaran zaman, sudah tentunya keadaan psikologi dan pertumbuhan minda masyarakat sekarang adalah jauh berbeza dengan masa-masa lalu.

"Kesimpulannya bila berlaku kebakaran, banjir malahan bila negara lain pun susah, ahli-ahli persatuan kita ada untuk menghulurkan bantuan. Lama-lama barulah masyarakat sedar kehadiran kita di sisi mereka," katanya pada majlis ramah mesra bersama persatuan dan badan-badan NGO Parlimen Pekan di sini, Ahad.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pekan, Datuk Melati Ali.

Rosmah berkata, NGO juga perlu bijak menggunakan saluran sedia ada seperti agensi kerajaan yang berkaitan dan media massa bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan.

Rosmah juga menyeru agar mereka juga aktif dalam memperjuangkan nilai-nilai sejagat seperti kesaksamaan, setia kawan dan keamanan.

Pada majlis itu, Rosmah turut memuji usaha NGO Pekan yang mengambil inisiatif menganjurkan kursus asas masakan kepada para remaja sekitar bandar itu dalam usaha mengatasi masalah gejala sosial yang kian meruncing dalam masyarakat.

Kira-kira 700 anggota NGO dan persatuan yang mewakili kaum wanita di Pekan menghadiri majlis itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan