Nelayan Perlu Terokai Bidang Lain Bagi Jana Pendapatan:Mukhriz

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Para nelayan disarankan supaya menerokai bidang baru dan tidak hanya menumpukan kepada sumber laut semata-mata bagi membolehkan mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, kata Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata selain menangkap ikan di laut, mereka juga boleh menceburi apa sahaja bidang lain seperti industri kecil, pembuatan makanan, kraftangan dan inap desa.

"Kerajaan menyediakan banyak bantuan dan pinjaman untuk bidang-bidang itu dan jika mereka (nelayan) turut menceburi bidang tersebut, mereka tidak akan mengalami masalah jika berlaku kekurangan ikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Jeti-jeti Pendaratan Ikan dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan.

Pada majlis itu, seramai 275 nelayan dari Parlimen Jerlun menerima elaun sara hidup nelayan sebanyak RM200 setiap seorang.

Beliau berkata itu adalah inisiatif yang boleh dilakukan para nelayan bagi menambah pendapatan dan kementeriannya juga turut mempunyai dana untuk membantu usahawan kecil bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan.

"Saya dapati pendapatan mereka tidak menentu. Ada hari yang tidak banyak ikan, ada hari yang banyak ikan. Dari semasa ke semasa kos sara hidup tinggi. Jadi saya rasa dengan menceburi bidang lain, ia sudah cukup bagi mereka jana pendapatan tambahan," kata Mukriz.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Kedah, Mohamad Noor Had berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM7.5 juta bagi membaik pulih dan membina jeti-jeti baru di seluruh Kedah sejak 2009.

Beliau berkata jumlah itu termasuk tiga jeti yang baru dibina di Kuala Jerlun, Kuala Kerpan dan Kuala Tunjang dekat sini, menelan kos kira-kira RM480,000 yang dirasmikan hari ini manakala jeti Kuala Sanglang dijangka siap pada Jun ini dengan kos kira-kira RM1.6 juta.

"Terdapat lapan buah jeti yang sedang dalam pembinaan termasuklah jeti Sanglang dan kebanyakannya adalah di Langkawi," katanya.

Terdahulu, Mukhriz turut bersama-sama nelayan di Kuala Jerlun turun ke laut bagi menyampaikan jaket keselamatan kepada para nelayan yang sedang menangkap ikan di perairan itu selain mersai sendiri kehidupan sebagai seorang nelayan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan