Mendiang Pengarah Kastam KLIA Selamat Disemadikan

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mendiang Datuk M Govinden, pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selamat disemadikan di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah petang Ahad.

Menurut adik ipar mendiang G.Babanandan antara yang menziarahi mendiang ialah Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf dan beberapa kenalan rapat di Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Govinden, 56, meninggal dunia kira-kira pada pukul 9 malam Sabtu di kediamannya di Brickfields akibat komplikasi jantung, katanya kepada Bernama di sini, Ahad. Mendiang meninggalkan seorang balu Datin G.Uma Sankari, 50, dan dua orang anak G.Kughan, 22, dan G.Sangeetha, 20. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan