Lebih 50 Peratus Penerima Awal BR1M Mula Terima Bayaran Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Feb ini.

"Kita masih lagi buka pendaftaran sehingga Februari depan. Ini kerana dalam mesyuarat kita bersama-sama timbalan menteri, setiausaha politik, anggota parlimen, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah, mereka menyatakan masih terdapat individu yang layak belum mendaftar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar tunai BR1M kepada 1,500 penerima dari kawasan Parlimen Tambun di sini, Ahad.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata bagi negeri Perak sebanyak 237,000 penerima layak menerima BR1M yang mula diserahkan mulai Ahad.

Konsep BR1M adalah berdasarkan kelayakan, di mana mereka yang layak akan menerima bantuan itu, jadi pihaknya melanjutkan lagi tempoh pendaftaran untuk bantuan berkenaan bagi memberi lebih masa kepada mereka yang layak untuk memohon, katanya.

Beliau berkata tempoh pembayaran skim BR1M akan dilaksanakan selama dua bulan mulai hari ini hingga 15 Mac, bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar supaya tidak ada pemohon yang layak menerimanya tercicir.

Semua penerima yang layak akan dibayar dalam bentuk baucar tunai RM500 dan mereka boleh menunaikan baucar itu di kaunter-kaunter bank Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Maybank yang ditempatkan pada majlis penyerahan.

Selain itu baucar tunai yang mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April depan juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank tersebut di seluruh negara.

Ahmad Husni berkata dalam pembangunan ekonomi negara, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua rakyat menikmati pembangunan itu.

"Bagi mereka yang mempunyai berpendapatan lebih dalam keadaan kenaikan harga barang, mereka masih mampu memberi barangan keperluan secukupnya," katanya.

Bagaimanapun dalam kajian kerajaan, mereka yang berpendapatan bawah RM3,000, pembelian barangan keperluannya terjejas dan dengan bantuan itu mereka dapat berhadapan kenaikan harga barang serta masih boleh menikmati pembelian barang yang sepatutnya, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan