Kerajaan Akan Umum Langkah Atasi Kemelut NFC

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dalam masa yang terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.

Katanya kerajaan sedang merancang mengenai kaedah mengatasi isu itu dan beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan berbincang mengenainya sebelum memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin berkata segala aset NFC telah dibekukan sementara dan Perdana Menteri telah melantik beliau bersama Noh akan memantau NFC.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa isu NFC ini dimanipulasi oleh pembangkang dan telah sampai ke penghujungnya bahawa kerajaan akan ambil tindakan dan akan umumkan (tindakan yang diambil) dalam masa yang terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan 2020 di sini.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti semula semua aspek mengenai NFC itu termasuk meneliti daripada aspek undang-undang dan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit.

Muhyiddin berkata kerajaan mempunyai cara untuk menyelesaikan isu itu dan rakyat akan mengetahui tindakan yang diambil terhadap isu itu selepas memaklumkannya kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis mungkin dapat dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan.

SPRM baru-baru ini memaklumkan isu pembelian kondominium menggunakan dana NFC telah diserahkan kepada polis yang dilanjutkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial.

Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan