Kementerian Kesihatan Beri Amaran Agar Tidak Beli Kanta Sentuh Di Pasar Malam

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli kanta sentuh di pasar malam atau kedai kecantikan yang tidak membuat pemeriksaan mata kerana ia boleh menyebabkan mata buta.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan mata perlu dilakukan oleh semua pemakai kanta sentuh, sama ada jenis berwarna atau tidak.

"Mereka yang ingin membeli kanta sentuh perlu mendapatkan pemeriksaan daripada optometris terlebih dahulu bagi mengelak kesan sampingan yang teruk sehingga mata boleh buta.

"Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan mereka yang berkaitan agar lambakan kanta sentuh termasuk boleh diperoleh di pasar malam dengan harga yang murah dapat di atasi segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2012 Parlimen Bagan, di sini malam Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan kanta sentuh mudah diperoleh dengan harga murah di pasar malam.

Akhbar itu melaporkan populariti kanta sentuh terutama jenis berwarna yang hangat diperkatakan kini menjadi satu ikon fesyen khasnya di kalangan wanita dan remaja.

Liow berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung permasalahan terhadap kanta sentuh yang dijual di pasar malam.

"Memang kita akui banyak kanta sentuh terutama yang berwarna boleh didapati dengan mudah dan murah termasuk di pasar malam, jadi saya minta orang ramai jangan membelinya kerana kita tidak pasti kesesuaian dan keselesaan kanta tersebut pada mata mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan