JHEAT Belanja RM856,720 Elaun Hafiz Al-Quran

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membelanjakan kira-kira RM856,720 sebagai imbuhan bulanan kepada 156 orang yang berjaya menghafaz al-Quran kategori dewasa terbuka seluruh negeri tahun lalu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT, Shamsiah Awang berkata, jumlah tersebut merupakan peserta yang lulus dalam ujian penggal pertama (81 orang) dan penggal kedua (78 orang) yang diadakan di pejabat agama daerah seluruh negeri pada Mac dan September tahun lalu.

"Peserta yang berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran menerima elaun bulanan sebanyak RM800 hingga RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, imbuhan bulanan juga diberikan kepada 45 orang Jurutasmi' membabitkan peruntukan RM29,800.

Menurutnya, jabatan sentiasa mengalu-alukan masyarakat di negeri ini mendalami dan menghafaz al-Quran melalui kelas-kelas yang dikendalikan oleh guru-guru bertauliah JHEAT.

"Kelas al-Quran yang wujud di kampung-kampung itu terbuka kepada semua peringkat umur termasuk mereka yang mempunyai pekerjaan tetap," katanya.

Selain imbuhan bulanan, katanya, ganjaran juga diberikan kepada hafiz yang meninggal dunia iaitu antara RM5,000 hingga RM10,000 berdasarkan jumlah juzuk yang dihafaz. - BERNAMA NFI SHI KLS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan