Hakim Mungkin Perlu Isytihar Harta Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Para hakim mungkin dikehendaki mengisytiharkan harta mereka tidak lama lagi bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.

Beliau berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara tersebut.

"Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka," katanya dalam ucapan semasa merasmikan persidangan empat hari para hakim di sini, Ahad.

Arifin berkata sebaik sahaja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

"Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini," katanya.

Ketua Hakim Negara itu mengingatkan hakim supaya mengekalkan kebebasan kehakiman dan tidak mengendahkan sebarang campur tangan ketika membuat keputusan penghakiman mereka tidak kira sama ada daripada eksekutif atau pasangan rumahtangga mereka.

"Tetapi ada campur tangan yang lain, salah satu daripadanya ialah daripada pasangan rumahtangga. Jadi pastikan tidak ada perbincangan, itu adalah campur tangan terbesar yang terjadi di waktu sepi tengah malam," katanya disambut dengan ketawa oleh mereka yang hadir.

Dengan nada serius, Arifin menambah bahawa hakim mestilah betul-betul bebas daripada semua campur tangan termsuk daripada kawan dan hakim lain.

Mengenai penghakiman, beliau menyeru mereka memberikan penghakiman yang kukuh kerana mereka sudah diberi masa secukupnya dan garis panduan dalam bidang berkenaan.

Katanya, Jabatan Kehakiman akan mengambil tindakan serius jika hakim tidak menunjukkan prestasi di tahap yang dikehendaki.

Arifin seterusnya menyebut bahawa pelantikan dan kenaikan pangkat para hakim serta pesuruhjaya kehakiman menerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bukanlah satu tugas mudah kerana panel terpaksa melihat berbagai faktor termasuk penghakiman yang dibuat oleh hakim. Setakat ini panel itu telah mengesahkan prestasi memuaskan bagi sebahagian hakim namun untuk yang selebihnya mereka perlu bekerja kuat, katanya.

Mengenai pengumuman beliau mahukan semua kes rayuan Mahkamah Jenayah dan Sivil Persekutuan di Permulaan Tahun Undang-Undang 2012 semalam perlu diadili korum lima orang hakim, Arifin berkata lima adalah angka yang lebih baik membolehkan rasional baik digunakan dalam penghakiman. Sekarang ini rayuan di Mahkamah Perseketuan diadili oleh panel tiga orang hakim.

Bagaimanapun beliau berkata mahkamah masih mempunyai budibicara membuat keputusan mengikut lima anggota panel atau sembilan anggota bagi mendengar kes rayuan terpilih, terutama sekali yang membabitkan isu perlembagaan yang rumit. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan