Cemuhan Pembangkang Tingkatkan Jualan KR1M:PM

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Cemuhan dan kritikan yang dilemparkan pembangkang terhadap kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) membantu meningkatkan penjualan di kedai berkenaan.

Itulah kebenaran yang didedahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mendapati semakin banyak cemuhan yang dilemparkan mereka, KR1M semakin mendapat tempat di hati rakyat.

"Lebih banyak dia (pembangkang) kritik, lagi tinggi jualan yang dicatat di KR1M jadi saya galakkan dia cemuh lagi," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Pulau Serai dan KR1M Pekan di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib berkata KR1M kini menjadi pilihan orang ramai untuk berbelanja dan ini terbukti dengan hasil jualan yang dicatatkan di KR1M Pekan yang mencecah RM20,000 sehari sejak ia mula beroperasi sebulan lalu.

Beliau berkata 85 buah KR1M akan diwujudkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini memandangkan banyak permintaan bagi kedai seperti itu.

"Ke mana saja saya pergi, ramai yang datang dan minta KR1M termasuklah wakil rakyat yang mahukan kedai itu dibina di kawasan mereka," katanya.

Permintaan tinggi itu kata Najib jelas menunjukkan projek bantuan rakyat yang dilaksanakan kerajaan terbukti berkesan dan berjaya sejak dulu lagi.

"Projek seumpama ini bukanlah sesuatu yang kita war-warkan tanpa asas tapi ia adalah realiti yang telah terbukti kejayaannya," kata beliau.

Najib berkata KR1M Pekan merupakan KR1M yang ke-27 dibuka dan yang terbesar di seluruh negara serta bertaraf kompleks membeli-belah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan