Cadangan Pakatan Pembangkang Hanya Bawa Kehancuran Kepada Negara:Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang boleh dianggap sebagai satu pakatan yang hanya membawa kepada kehancuran negara kerana ia kini dilihat memberikan cadangan bersifat kontroversi, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kini pihak pembangkang membawa syor-syor yang lebih bersifat ke arah kemusnahan masyarakat, sosial dan ekonomi daripada membawa kebaikan.

Terbaru, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai tidak relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata dalam satu wawancara dengan BBC pada Khamis bahawa "kami perlu menyemak semula sebahagian dariapada undang-undang lapuk kami."

"Kalau di negara ini majoritinya bukan Islam perkara itu mungkin boleh dilakukan tetapi jika di negara yang majoritinya penduduk Islam sudah pasti rakyat akan berusaha untuk memastikan niat itu tidak akan berlaku malahan akan ditentang habis-habisan," kata Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama pada Ahad sebagai mengulas kenyataan Anwar.

Ahmad berkata selain itu cadangan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan pada Ahad untuk mengampunkan pesalah kecil juga menjurus untuk membawa negara ke arah kehancuran akibat rasuah.

Ambiga dalam ucapan pada Konvensyen Pakatan Pembangkang di Alor Setar Kedah semalam berkata pakatan pembangkang merancang untuk memaafkan perasuah kecil tetapi menghukum perasuah besar untuk memudahkan mereka menawan Putrajaya kelak.

"Ambiga perlu sedar, rasuah besar itu bermula dari rasuah kecil, jika perbuatan rasuah kecil ini tidak dibendung ia akan menjadi besar kerana jika rasuah berleluasa negara akan musnah.

"Kita ibaratkan rasuah seperti barah dan tumor yang perlu dibuang dan itulah hajat dan usaha kerajaan selama ini untuk membasmi rasuah tidak kira perasuah kecil dan perasuah besar, semua kita harus banteras," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali membidas Ambiga kerana sanggup meletakkan kepentingan politik lebih daripada keutamaan membanteras rasuah.

"Ambiga sanggup meletakkan kepentingan politik lebih dari prinsip menentang rasuah yang tidak kira kecil atau besar dan cadangan Ambiga itu tidak boleh dipakai," katanya dalam satu SMS kepada Bernama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan