Banjir Di Kelantan Tidak Banyak Berubah, Pahang Bertambah Baik

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan tidak banyak berubah manakala di Pahang keadaan bertambah baik dengan jumlah mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berkurangan petang Sabtu.

Di KELANTAN, jumlah mereka yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Kuala Krai iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Laloh di Manik Urai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh sehingga pukul 5 petang ini kekal 173 orang dari 36 keluarga di sekitar Manik Urai.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Polis Daerah Kuala Krai berkata paras air di Tangga Krai di sungai Kelantan ialah 25.95 meter iaitu 0.95 meter di atas paras bahaya (25 meter).

Di PAHANG, keadaan banjir semakin pulih apabila hanya 445 orang masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di dua daerah iaitu Kuantan dan Pekan petang ini berbanding 1,026 orang tengah hari Sabtu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah mangsa di daerah Kuantan sehingga pukul 6 petang ini ialah 122 orang membabitkan 29 keluarga dari enam kampung.

"Lima orang dari sebuah keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Panching, SMK Gudang Rasau, 80 orang daripada 20 keluarga di SMK Gudang Rasau dan 37 orang dari lapan keluarga di Balai Raya Cherating.

"Di daerah Pekan pula, hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu SK Sinar Mutiara yang menempatkan 323 orang daripada 78 keluarga dari Kampung Cenderawasih," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata jalan Sungai Riau-Sungai Lembing di km28 ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air setinggi 0.2 meter.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata penduduk di daerah itu yang tinggal di kawasan rendah diharap dapat mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan hujan yang masih berterusan ketika ini.

"Hujan lebat sejak Khamis lepas menyebabkan beberapa kawasan rendah di Jerantut mula dinaiki air," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan