Tuanku Muhriz Lahir Harapan Agar Momentum Kejayaan Negeri Sembilan Diteruskan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Sabtu menitahkan rakyat Negeri Sembilan terus meningkatkan momentum kejayaan untuk mencapai negeri maju menjelang 2020.

Baginda turut bertitah agar seluruh rakyat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bersaing dalam era globalisasi.

"Berusahalah dengan tekun dan penuh integriti untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah dirangka bagi memastikan negeri ini mencapai negeri maju menjelang tahun 2020," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan ke-64 di Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini, Sabtu.

Tuanku Muhriz bertitah rakyat juga hendaklah terus bersama-sama mempertahankan Negeri Sembilan bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan, yang dikecapi sekian lama hasil daripada sikap toleransi antara kaum di samping nikmat daripada pembangunan pesat sosio-ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Baginda mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh kerana semangat toleransi amat mudah terhakis terutamanya apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak tanpa etika untuk kepentingan diri sendiri.

Dalam istiadat penganugerahan darjah kebesaran hari ini, seramai 157 orang mendapat kurniaan pingat dan darjah daripada Tuanku Muhriz.

Terdahulu, istiadat dimulakan dengan perbarisan dan kawalan kehormat dari 71 Rejimen Semboyan Diraja, Kem Sungai Besi yang terdiri daripada tiga pegawai serta 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mej Badrul Hisham Naser Nordin.

Satu pertunjukan tatu bermotosikal oleh 50 anggota termasuk enam wanita 'Army Red Warrior' dari Tentera Darat Malaysia dibawah pimpinan Mej Ahmad Zaidi Shuib turut diadakan.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan taniah dan sembah taat setia berkata prestasi ekonomi Negeri Sembilan berada di paras memuaskan dan diunjurkan terus berkembang.

Katanya dalam kerancakan kerajaan meneruskan momentum kejayaan, program mensejahterakan rakyat tetap menjadi keutamaan.

"InsyaAllah, dengan kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diamanatkan kepada patik serta barisan kepimpinan kerajaan negeri serta dengan pegangan yang kuat terhadap prinsip ketelusan, dan keadilan yang berlandaskan undang-undang, patik sekalian akan terus membangunkan Negeri Sembilan berkembang ke tahap yang lebih pesat dan maju lagi," katanya.

Mohamad berkata selaku rakyat yang setia dan taat kepada raja, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak, tanpa mengira atas kapasiti apa sekalipun, supaya menunjukkan keikhlasan untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan negeri dan negara bagi terus memupuk keharmonian yang sangat berharga. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan