Tidak Ada Keperluan Untuk Wujudkan Badan Khas Ganti SPR

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan tidak perlu mewujudkan sebuah badan lain untuk mengendalikan pilihan raya memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah terbukti mampu mengendalikan pilihan raya dengan baik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen dan sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen telahpun ditubuhkan bagi menambahbaik sistem pilihan raya sedia ada.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa berkongsi kuasa dengan mana-mana agensi.

Akhbar tempatan memetik Abdul Rashid sebagai berkata kerajaan juga disarankan mewujudkan sebuah badan bebas bagi memastikan pilihan raya dapat memuaskan hati semua pihak.

Muhyiddin berkata beliau tidak pasti maksud sebenar Abdul Rashid itu tetapi kerajaan bersedia untuk menerima sebarang cadangan dan mempertimbangkannya jika perlu.

Kerajaan, katanya, tidak nampak adanya keperluan untuk menubuhkan sebuah badan khas yang dimaksudkan itu kerana semuanya telah berjalan dengan betul dan cadangan penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen itu telah pun diteliti oleh SPR. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan