Strategi Pengeluaran Makanan Ditumpukan Kepada Peningkatan Produktiviti

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata strategi Malaysia dalam jaminan bekalan makanan negara adalah dengan menumpukan kepada peningkatan produktiviti pengeluaran dan bukannya menambah keluasan kawasan pertanian.

Melalui transformasi minda, katanya warga pertanian akan mampu mencapai produktiviti yang tinggi, memberi nilai tambah hasil pengeluaran yang tinggi serta bernilai tinggi dan meningkatkan pendapatan golongan itu.

Antara faktor yang perlu diambil kira untuk meningkatkan produktivi ialah pengunaan teknologi baru, penambahbaikan sistem pengairan dan mengamalkan kaedah pertanian yang baik.

"Kalau nak dapat tanah yang luas sekarang tidak mudah. Fokus kita setiap inci tanah. Setiap inci tanah terbiar perlu dibangunkan dengan segala kaedah untuk meningkatkan produktiviti," katanya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 di Padang Bandaran di sini, Sabtu.

Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerana isu berkaitan jaminan makanan akan menjadi cabaran besar pada masa akan datang apabila penduduk dunia meningkat kepada enam bilion orang.

Antara cabaran tersebut ialah perubahan iklim dan bencana alam seperti yang banjir di Thailand yang memusnahkan kira-kira 12.5 peratus kawasan padi negara tersebut, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan