Sarawak Sasar Bina 18,000 Rumah Atasi Masalah Setinggan Menjelang 2020

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan menyasarkan membina 18,000 unit rumah pelbagai kategori untuk menempatkan kira-kira 9,000 keluarga setinggan di negeri ini sebelum tahun 2020, kata Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini Sabtu.

Beliau berkata kepesatan pembangunan dan peluang pekerjaan di kawasan bandar utama di Sarawak khasnya Kuching, Bintulu dan Miri, mendorong kepada migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar.

"Sarawak mensasarkan untuk mencapai setinggan sifar menjelang tahun 2020, walaupun kita mengakui proses migrasi penduduk tetap akan berlaku namun kita perlu bersedia dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih baik untuk golongan yang kurang berkemampuan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan penyerahan kunci projek pemulihan perumahan terbengkalai Taman Desa Guru di sini, Sabtu.

Katanya jumlah setinggan tertinggi dicatatkan di kawasan bandar Miri dan Bintulu iaitu sekitar 3,000 buah rumah selain 1,400 setinggan di Bandaraya Kuching pada ketika ini.

Menurutnya beberapa pendekatan akan digunakan untuk memastikan golongan tidak mampu dapat tinggal di rumah yang lebih selesa seperti membina flat untuk disewa pada kadar yang lebih rendah selain membina rumah mampu milik dan rumah mesra rakyat.

Dalam pada itu katanya Sarawak akan membina kira-kira 1,000 hingga 1,500 rumah mesra rakyat dengan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang lebih praktikal, cepat, kukuh dan lebih menjimatkan dari segi kos pembinaan di negeri ini.

Abang Johari berkata Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi amanah untuk membina kira-kira 10,000 unit rumah mesra rakyat di seluruh negara termasuk di Sarawak menggunakan sistem IBS.

"Oleh sebab itu kita menyeru kepada pihak kontraktor kelas F mengambil sijil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk membolehkan mereka mendapat peluang dalam projek perumahan yang membabitkan IBS," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan