PKR Terus Kecam Badan Kehakiman

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterusan menyerang badan kehakiman di negara ini yang disifatkan masih belum bebas sepenuhnya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, sehingga kini masih terdapat sebilangan hakim yang dilihat berat sebelah terutama dalam kes-kes tertentu seperti kes berprofil tinggi membabitkan peguam terkenal Datuk V.K Linggam.

"Keputusan 9 Januari lalu tidak membuktikan mahkamah kita bebas walaupun Datuk Seri Anwar dibebaskan.

"Alhamdulillah, kebenaran akhirnya muncul dan Datuk Seri Anwar dibebaskan, namun rakyat masih belum dibebaskan," katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, Sabtu.

Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar yang juga Ketua Pembangkang daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohamad Zabidin yang hanya mengambil masa kurang tiga minit untuk membacakan penghakimannya berkata, beliau mendapati tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan