Pemuda Umno Mulakan 'Kempen' Dengan Taklimat Jentera Pilihan Raya Pada Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan mengadakan satu taklimat khas kepada jentera pilihan raya umumnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang Sabtu, 14 Januari.

Taklimat yang akan diberikan oleh Ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Hussein Onn itu dijadualkan bermula tepat jam 6 petang.

Adalah difahamkan, semua wakil Pemuda Umno Bahagian termasuk dari Sabah akan hadir pada taklimat tersebut.

Antara lain, mStar Online difahamkan bahawa Khairy akan memberi gambaran awal apakah yang perlu dilakukan oleh jentera pilihan raya bahagian sekiranya parlimen dibubarkan sebelum Jun ini dan apa pula opsyen yang perlu pemuda ambil seandainya pilihan raya umum jatuh pada November atau hujung tahun ini.

Pergerakan Pemuda yang secara tradisinya dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia strategi pemasangan poster, ceramah dan keselamatan jentera akan turut memperkatakan tentang persediaan bahagian sekiranya terdapat di kalangan mereka yang terpilih sebagai calon.

Opsyen persiapan ketiga ialah langkah-langkah yang perlu dambil sekiranya pilihan raya tidak jadi diadakan pada tahun ini.

Adalah dijangkakan antara 25 hingga 40 peratus calon pilihan raya umum akan datang bakal dipilih dari kalangan anggota-anggota Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan