Pas Patut Berdakwah Dengan Sekutunya Dalam Pakatan Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Pas sepatutnya berdakwah kepada sekutunya dalam Pakatan Rakyat daripada mengajar Umno mengenai Islam, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata Umno jelas melaksanakan ajaran Islam melalui pendekatan kesederhanaan.

"Sebab itulah pendekatan Umno ini lebih diterima oleh orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat SK Pengalat Kecil di sini, Jumaat.

Beliau ditanya pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am Pas, baru-baru ini yang menyifatkan pertemuan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 sebagai usaha berdakwah bagi memberi peluang kepada Umno mengenali Islam secara menyeluruh.

"Bila sebut pasal soal dakwah, pertama Pas kena jumpa DAP. Dakwahkan DAP.

"Keduanya, (berdakwah kepada) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana (penasihatnya) Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa fahaman pluralisme yang saya lihat Pas sendiri tidak setuju dengan fahaman ini," katanya.

Dr Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata tindakan Pas memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali membuktikan Pas bukan parti yang sesuai untuk memperjuangkan Islam.

"Tindakan memecat Dr Hassan membuktikan bahawa mereka (Pas) menolak sebarang pandangan yang berbeza dengan pimpinan mereka yang sekarang ini sudah dikuasai dan dipengaruhi oleh Anwar," tambahnya.

Beliau juga tidak hairan terdapat kumpulan tertentu dalam Pas yang cuba menolak golongan ulama dalam parti itu.

Malah, usaha presiden Pas juga akan dikategorikan sebagai pemimpin sesat oleh kumpulan berkenaan yang telah berjaya menjatuhkan Dr Hassan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan