Nik Aziz Akui Ditawar Sertai Umno

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan bahawa beliau pernah didatangi wakil pimpinan Umno selepas Pilihan Raya Umum 2008 bagi menawarkan agar parti itu menyertai Barisan Nasional (BN).

Akui Menteri Besar Kelantan itu lagi, ada di kalangan wakil pimpinan Umno itu tanpa segan silu mendedahkan bahawa mereka mewakili pemimpin-pemimpin tertentu.

"Saya sendiri didatangi oleh pemimpin-pemimpin Umno pelbagai pangkat. Ada yang terang-terang sebut bahawa mereka mewakili siapa-siapa, dan ada juga yang sebut bahawa mereka tak mewakili siapa-siapa.

"Tapi saya katakan bahawa mukmin hadis nabi ada menyebut bahawa orang mukmin tidak boleh disengat dua kali dari satu lubang," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, Sabtu.

Tegas beliau, PAS tidak akan sekali-kali membiarkan mereka dikhianati kali kedua selepas parti itu keluar daripada kerajaan campuran Umno dan Barisan Nasional (BN) pada 1977.

"Waktu mereka ajak semua (sertai Umno) saya kata cis!

"I know who are you," katanya.

Selain itu Nik Abdul Aziz sekali lagi mengulangi pendirian dan komitmen PAS untuk terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat hingga membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Menurut beliau, PAS yakin bahawa kerjasama pakatan pembangkang itu akan dapat memenuhi hasrat mereka untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan