Nasi Lemak, Popiah Basah Jadi Santapan Najib Di Taiping

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Walaupun mempunyai jadual kerja yang begitu padat sama ada di dalam dan luar negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan lagi kerja tinjauan mesra apabila datang ke bandar Taiping, antara bandar warisan negara di sini, Sabtu.

Bandar Taiping atau nama asalnya Klian Pauh bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan.

Najib yang tiba sejak malam tadi di sini dalam rangka lawatan kerja dua hari, bersama-sama lebih 4,000 rakyat daripada pelbagai lapisan menyertai program Senaman 1Malaysia di Padang Esplanade, Taman Tasik Taiping di sini pagi ini.

Senaman selama 30 minit itu yang turut disertai isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Sharipah Zulkifli.

Suasana program Senaman 1Malaysia di padang berlangsung dengan suasana meriah ditambah pula dengan cuaca baik dengan kedingan bayu yang bertiup dari Bukit Larut yang terletak berhampiran kawasan itu.

Setelah bersenam, Najib kemudian menaiki bas menuju ke Casual Market di sini untuk merasai sendiri hiruk pikuk suasana bersarapan di gerai jualan makanan yang terkenal di sini.

Senyuman Perdana Menteri sentiasa terukir manis di bibir di tambah pula dengan jabatan salam yang tidak lekang dihulurnya kepada pelbagai lapisan masyarakat di situ.

Di Casual Market itu, Perdana Menteri menjamu selera dengan nasi lemak berlauk sotong, pasembor, popiah basah dan teh tarik di sebuah gerai makanan di sini.

Najib kemudiannya meneruskan tinjauan mesra dengan berjalan-jalan di sekeliling Casual Market dan dilihat berbual-bual dengan peniaga dan pelanggan di situ, mungkin ada keluhan dan rintihan yang cuba disampai oleh mereka.

Setelah hampir sejam di Casual Market bertemu pelbagai lapisan rakyat, Najib kemudiannya menaiki bas untuk pulang ke hotel sebelum bertolak untuk merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan yang diadakan di Dataran Parit Buntar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sini.

Kemeriahan dan kegembiraan masyarakat Taiping menerima kehadiran Najib sedikit tercemar apabila sekumpulan 15 orang menimbulkan kekecohan untuk menyerahkan salinan laporan polis kepada Najib mengenai seorang daripada mereka dikasari pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khamis lepas.

Bagaimanapun polis dapat mengawal tindakan kumpulan kecil itu yang dilihat telah membuat persiapan seperti kain rentang dan salinan laporan polis bagi mengadakan kekecohan itu.

Melihat kesungguhan Najib hari ini, jelas apa yang digariskan beliau sejak memegang tampok pentadbiran negara pada April 2009 iaitu merasi sendiri kehidupan masyarakat di akar umbi bukanlah cakap-cakap kosong sahaja.

Melihat reaksi yang diberikan pelbagai masyarakat di sini, sikap mesra dan rendah diri Perdana Menteri yang sanggup turun bersemuka dengan mereka sedikit sebanyak membuat masyarakat di sini mempunyai harapan baru terhadap pembangunan Bandar Taiping sebagai Bandar Warisan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan