Muhyiddin Tiba Di Perlis Untuk Lawatan Kerja Sehari

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba di Perlis pada Sabtu untuk lawatan kerja sehari.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dengan sebuah helikopter di pekarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis kira-kira pukul 8.45 pagi disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, kemudiannya mengadakan perjumpaan tertutup dengan Md Isa di pejabat Menteri Besar Perlis dan kemudiannya mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan Umno Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis dan dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Perlis.

Selepas itu, Timbalan Perdana Menteri dijadualkan menghadiri majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia dan penyerahan simbolik Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Kangar di Dewan 2020 yang terletak di pinggir Bukit Lagi dekat sini.

Beliau dijadualkan menghadiri majlis ramah mesra bersama rakyat, penyerahan simbolik BRIM Parlimen Padang Besar di Beseri pada sebelah petang.

Pada majlis itu, beliau akan merasmikan Dewan Seri Melati, yang terletak di sebuah bangunan yang menjadi lokasi majlis ramah mesra itu.

Muhyiddin kemudiannya dijadualkan menghadiri majlis ramah mesra bersama rakyat dan penyerahan simbolik BR1M Parlimen Arau di pekarangan masjid Ibnu Taimiyah, Tambun Tulang sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Norainee mengadakan acara berasingan sebaik tiba di sini dan dijadualkan melawat Hospital Tuanku Fauziah dan Ladang Anggur Sungai Batu Pahat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan