Mahasiswa Akan Dibimbing Usahawan Berjaya

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahasiswa yang berminat dalam bidang keusahawanan akan berpeluang mendapat bimbingan usahawan mentor di bawah program Kementerian Pengajian Tinggi.

Mengumumkan demikian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat itu dibuat memandangkan sebahagian besar pensyarah di institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) tidak mempunyai pengalaman sendiri sebagai usahawan.

"Sebenarnya pelajar yang berminat untuk berniaga ini ramai, tapi masalah yang mereka hadapi ialah (mendapatkan) nasihat dan bimbingan dari orang yang sememangnya usahawan yang berjaya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Mikro Francais Smart Consumer dan Smart Student" di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, Saifuddin turut menyerahkan watikah pelantikan 'usahawan mentor' untuk mahasiswa kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas D'navechee Beauty (M) Sdn Bhd Datuk Azlina Che Abdullah.

Azlina berharap beliau dapat menjadi mentor yang mampu memajukan mahasiswa menjadi usahawan berjaya.

D'navechee Beauty (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang memasarkan produk-produk kesihatan dan kecantikan di dalam dan luar negara sejak 10 tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan