Kerajaan Peruntukan RM4 Juta Untuk Pembinaan Masjid Baru

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGUR: Kerajaan memperuntukkan RM4 juta untuk membina sebuah masjid baru Simpang Tiga, Kampung Besar bagi menampung keperluan penduduk di lima buah kampung dan empat taman perumahan di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pembinaan masjid itu akan dimulakan pada Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Selain pembinaan masjid kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membaiki dua buah surau di Taman Seri Desa dana Kampung Paya Tok Akil," katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan penduduk kampung dan menyampaikan sumbangan khemah untuk surau Simpang Tiga pada Sabtu.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan sejumlah peruntukan bagi membaiki masjid dan surau di seluruh negara dalam usaha mengimarahkan rumah ibadat serta mendekatkan generasi muda dengan aktiviti yang berfaedah.

Dalam ucapan itu, Nor Mohamed juga menyeru agar rakyat terus mengeratkan perpaduan bagi mengelakan perpecahan dan perbalahan sesama sendiri.

"Kita harus ingat dengan kata-kata Laksamana Hang Tuah 'Takkan Melayu hilang di dunia' memang Melayu tidak hilang malah terus kekal dan terus melangkah gagah menuju negara maju. Hidup dalam kesepakatan dan perpaduan yang sangat harmoni serta disegani," katanya.

Dalam perkembangan lain Nor Mohamed berharap agar orang ramai yang masih belum membuat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya segera berbuat demikian sebelum tarikh tutup permohonan pada 10 Feb depan.

"Untuk fasa pertama di Pulau Pinang jumlah penerima BR1M ialah seramai 44,000 orang melibatkan peruntukan sebanyak RM22 juta," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan