Kerajaan Pahang Sokong Penyenaraian FGVH Di Bursa Saham - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Pahang Sokong Penyenaraian FGVH Di Bursa Saham

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyokong sepenuhnya cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Saham kerana ia tidak menjejaskan tanah peneroka malah akan memberi banyak manfaat kepada mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau telah meneliti cadangan itu dan mendapati ia banyak memberi faedah kepada peneroka.

"Saya menyokong seratus peratus cadangan untuk penyenaraian ini...saya akan turun ke kawasan-kawasan Felda untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai perkara ini," kata Adnan kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengajian Tinggi Negara ke-8 di sini, Sabtu.

Beliau berkata penyenaraian itu tidak akan menjejas tanah hak milik peneroka sedia ada tetapi Felda Plantations Sdn Bhd iaitu tanah yang diberi oleh kerajaan negeri.

"Sebagai contoh di negeri Pahang ini kita beri tanah kepada Felda Plantations kira-kira 180,000 hektar. Kalau hendak bagi pada generasi Felda satu ekar seorang memang tidak cukup, jadi kita apungkan untuk tambah nilai," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan