Keputusan Mahkamah Bebas Anwar, Pukulan Maut Kepada Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat baru-baru ini memberi pukulan maut kepada pembangkang, kata Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.

Katanya ini kerana selama ini mereka memalu "kompang dan gendang" menyatakan ia konspirasi yang akan berakhir dengan satu hukuman penjara yang lama.

"Gambaran yang diberi itu sama ada di dalam mahupun di luar negara ialah ia satu konspirasi yang mempunyai skrip berakhir dengan dia (Anwar) dihukum. Malahan kalau kita tengok ucapan dia semasa di dalam mahkamah di penutup kes pendakwaan, jelas menyatakan ini satu konspirasi dan dia memang akan dihukum.

"Tiba-tiba semua itu tidak berlaku. Keputusan mahkamah itu jelas membuktikan ia satu pembohongan dan keputusan itu merupakan satu pukulan maut kepada pembangkang. Bila pihak pendakwa raya merayu... kalau mereka nak katakan ini satu konspirasi, Anwar merayu di dalam kes perbicaraan itu sendiri lebih daripada 30 kali," katanya.

Beliau berpendapat kes itu sebenarnya satu proses perundangan yang memberi hak kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati untuk merayu.

Ditanya mengenai Datuk Dr Hassan Ali yang dipecat daripada menjadi anggota PAS, beliau berkata ia satu bukti jelas perjuangan Islam di dalam PAS sebenarnya sudah berkubur.

Katanya PAS sudah masuk ke era baru perjuangan sekular, mengejar kuasa dengan apa cara sekali pun sehingga 'matlamat menghalalkan cara'.

Zulkifli berkata Hassan tidak perlu menyertai mana-mana parti politik buat masa ini kerana bekas anggota PAS itu sendiri sudah menjadi satu institusi yang membawa harapan dan suara umat Islam dan orang Melayu.

"Jadi pada saya, Hassan lebih baik bergerak mengikut cara dia sekarang sebagai satu institusi yang sudah jelas perjuangannya berlandaskan kepada memartabatkan Melayu, Islam dan insitusi raja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan