Felda Peruntuk RM3 Juta Untuk Pembangunan kawasan Ijok

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Felda memperuntukkan RM3 juta untuk pembinaan Kompleks Mini Stadium serta menaik taraf pekan Ijok, Selama dekat sini, Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Larut di Felda Ijok, Selama, berkata Felda berkemampuan untuk membiayai projek-projek berkenaan.

Daripada peruntukan itu, sebanyak RM1 juta disalurkan untuk pembinaan Kompleks Mini Stadium dan RM2 juta lagi untuk menaik taraf pekan Ijok.

"Saya nak beritahu... (ini) bukan duit Jabatan Perdana Menteri, ini duit Felda yang akan kita belanja. Saya (juga) nak buktikan bahawa Felda tak bankrap.

Orang bankrap tak boleh lulus RM1 juta dan projek kedua, menaik taraf pekan Ijok RM2 juta," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM3.5 juta untuk pembinaan jambatan Sungai Seputeh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama manakala peruntukan RM1.25 juta pula untuk pembinaan Kompleks Serbaguna 'Arena Square' di DUN Batu Kurau.

"Jadi semua kita luluskan hari ini... semua dapat dan saya berlaku adil," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 25,000 hadirin.

Terdahulu, ketibaan Najib disambut meriah oleh penduduk setempat dan dipersembahkan dengan aksi seni mempertahankan diri.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Larut Datuk Hamzah Zainuddin, Adun Batu Kurau Datuk Kapten (B) Najmuddin Alias, Adun Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Adun Selama Datuk Mohd Daud Yusof.

Felda Ijok adalah lokasi terakhir lawatan Perdana Menteri ke Perak sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis tahlil Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan