BN Yakin Menang Di Semua Negeri Pembangkang, Rakyat Sudah Muak:Ahmad Maslan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat menguasai semula negeri yang diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat telah muak dengan janji parti berkenaan yang tidak ditunaikan.

Beliau berkata sudah ada tanda-tanda rakyat mula tidak percaya dengan pemimpin parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang banyak menabur janji tetapi tidak dilaksanakan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata mereka banyak menabur janji termasuk melalui manisfesto pilihan raya.

"Rakyat mula muak dengan karenah pembangkang yang sering menabur janji, termasuk di Kelantan yang diperintah PAS lebih 20 tahun tetapi tidak melaksanakan janji terutama untuk melaksanakan hukum Hudud," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera penerangan BN Kelantan di Pejabat Umno Negeri Kelantan di sini, Sabtu.

Negeri yang kini diperintah pembangkang ialah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ahmad berkata keyakinan beliau itu disokong oleh senario politik ketika ini apabila ramai penyokong PKR berpaling tadah dengan menyertai BN.

Beliau berkata pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat minggu lepas tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN atau Umno.

"BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak banyak melaksanakan perkara untuk rakyat walaupun tidak berjanji, terutama di bawah program terbaru berteraskan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu jentera penerangan Umno turun padang menjelaskan kepada rakyat mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan BN. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan