Bekas Speaker Melaka Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Amid Nordin, 59, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra Melaka pada Sabtu akibat penyakit barah hati.

Allahyarham yang menjawat jawatan Speaker DUN yang kesembilan pada 1999 sehingga 2004 meninggal dunia kira-kira 12 tengah hari tadi selepas dirawat di hospital itu sejak dua hari lepas.

Amid yang juga bekas ADUN Telok Mas dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka meninggalkan dua balu dan enam orang anak.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana beliau seorang yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Beliau berkata Allahyarham telah menghidap barah hati sejak Jan 2011 dan menjalani sesi kimoterapi sejak dua bulan lepas.

"Saya lihat dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini, Allayarham sering diganggu masalah kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham di Hospital Putra di sini.

Mohd Ali berkata Allayarham yang juga merupakan Pengerusi Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah membawa banyak keuntungan kepada kerajaan negeri dalam menjana pembangunan perdagangan di Melaka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan