Banjir Di Negeri Pantai Timur Tidak Banyak Berubah

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di negeri-negeri pantai timur tidak banyak berubah dengan masih ada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan.

Di KELANTAN seramai 173 orang mangsa banjir daripada 36 keluarga di jajahan Kuala Krai telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di jajahan itu, sehingga pukul 1 tengah hari tadi.

Penolong Pegawai Bilik Gerakan Banjir Polis Kuala Krai, Norhamizan Hamzah berkata seramai 80 orang mangsa dari beberapa kampung berhampiran Laloh, Manik Urai ditempatkan dipusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh.

Mereka adalah kumpulan pertama dipindahkan sejak petang semalam, manakala seramai 93 orang lagi dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Manik Urai Lama, pagi tadi.

Katanya paras air di tempat menyukat banjir di Tangga Krai di sini sehingga jam 1 tengah hari tadi berada pada paras 25.90 meter, melebihi paras bahaya (25 meter).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Mohd Noor Chik berkata sebagaimana biasa pihaknya menggerakkan semula operasi membantu mangsa banjir yang tinggal di pusat-pusat pemindahan menerusi peruntukan yang disediakan.

Katanya jawatankuasa pengurusan bantuan banjir peringkat daerah kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir berulang lagi sehingga Tahun Baru Cina minggu depan.

Di PAHANG, keadaan banjir di Pekan dan Kuantan masih tidak berubah dengan 1,026 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di daerah berkenaan.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan masih kekal seramai 1,026 orang.

"Sehingga 2 petang ini, mangsa pemindahan daerah Kuantan yang ditempatkan di lima pusat pemindahan adalah seramai 704 orang daripada 189 keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Manakala daerah Pekan pula masih kekal satu pusat pemindahan yang dibuka iaitu di SK Sinar Mutiara yang menempatkan 322 orang daripada 78 keluarga dari Kampung Cenderawasih, katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, jalan utama menghubungkan Kuantan-Sungai Lembing di km30 masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air setinggi satu meter.

Sementara itu di Jerantut, jambatan Sungai Ak (sungai yang mengalir ke Sungai Pahang) yang ditutup sejak semalam telah kembali dibuka untuk laluan semua kenderaan.

Di TERENGGANU, banjir kilat yang berlaku di kawasan Air Puteh Kemaman pagi ini telah menyebabkan enam orang daripada dua keluarga terpaksa berpindah ke balai raya Padang Kubu Kemaman.

Menurut portal banjir kerajaan negeri pada Sabtu mangsa-mangsa tersebut telah dibenarkan pulang tengahari tadi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan