Amaran Hujan Lebat Di Pahang, Terengganu Dan Johor

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa daerah di Pahang, Terengganu dan Johor dijangka berterusan sehingga Sabtu, yang akan menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, Jumaat, berkata amaran hujan lebat peringkat jingga itu melibatkan Kuantan, Jerantut, Maran dan Pekan di Pahang; Dungun dan Kemaman (Terengganu) serta Mersing dan Rompin (Johor).

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang dijangka berterusan sehingga Sabtu, yang juga boleh menyebabkan banjir.

Daerah yang terlibat di Kelantan ialah Kota Baharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang (Terengganu); Rompin, Temerloh, Lipis, Bera, Bentong, Raub dan Cameron Highlands (Pahang) serta daerah Segamat, Johor.

Di Perlis, daerah yang terlibat adalah Kangar, Padang Besar dan Arau; daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Langkawi (Kedah); Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak); manakala di Pulau Pinang melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Timur Laut dan Barat Daya.

Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 60km/j dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North dan Layang-Layang, yang dijangka berterusan sehingga esok.

Kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut, dan berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Dalam pada itu, jabatan berkenaan turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua apabila angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60km/j dengan ombak mencapai 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Reef North, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Sabtu.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan