Semua Pengerusi Biro Agama UMNO Perlu Faham Isu Agama

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Semua pengerusi biro agama Umno di peringkat bahagian serta cawangan perlu mempunyai kefahaman yang mendalam tentang setiap isu terutama berkaitan agama bagi memudahkan mereka memberi penjelasan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kebanyakan pengerusi biro agama memikul tugas sebagai imam dan penceramah mengikut kapasiti masing-masing, justeru mereka perlu dilengkapkan dengan maklumat dan pengetahuan berkaitan isu semasa.

"Bila timbul sesuatu isu (yang ditimbulkan pembangkang) mereka tidak mahu bercakap (beri penjelasan) sebab tidak mendapat penjelasan yang terperinci mengenai perkara itu. Jadi mereka perlu dilengkapkan dengan maklumat supaya dapat memberi penyampaian lebih berkesan ke peringkat bawah.

"Bahang pilihan raya semakin dekat, banyak isu mengenai agama dimainkan pembangkang yang akan mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Tokoh Agama Negeri Kedah bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini Jumaat.

Jamil berkata pihaknya akan terus mengadakan program penerangan seperti hari ini bagi memastikan setiap pihak terbabit mendapat maklumat tepat dan benar mengenai sesuatu isu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan