Rakyat Mengundi Pilihan Masing-Masing : Mohamed Nazri

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Purata peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus mencerminkan rakyat yakin dengan proses pengundian semasa pilihan raya di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata realitinya, setiap pengundi menunaikan tanggungjawab mereka tanpa paksaan di mana mereka mengundi mengikut pilihan masing-masing.

"Yang keluar mengundi adalah diri kita sendiri, waktu mengundi tidak ada paksaan, kita mengundi mengikut pilihan kita secara sukarela," katanya pada Wacana Perdana bertajuk 'Pilihan Raya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi' di Kelantan Trade Centre di sini, Khamis malam.

Dua lagi anggota panel ialah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman manakala moderator ialah Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Datuk Mohammad Agus Yusof.

Mohamed Nazri berkata penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) adalah bagi mengurangkan kebimbangan rakyat terhadap perkara yang dibangkitkan pihak tertentu seperti kononnya berlaku mengundi dua kali.

"(perkara yang dibangkitkan) Masa pengundian pada pilihan raya yang lepas tidak berlaku tetapi untuk masa akan datang, untuk memberi ketenangan kepada rakyat, dan jaminan kepada mereka bahawa apa yang dibangkitkan itu tidak akan berlaku," katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata SPR perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan satu proses pilihan raya yang dikatakan umum sebagai bersih dan adil.

"Banyak perkara yang tidak dalam kawalan Suruhanjaya Pilihan Raya kerana suruhanjaya ini hanya diminta menjalankan pilihan raya yang bersih dan adil tetapi kalau banyak perkara tidak ada dalam undang-undang maka pindaan perlu dilakukan, sebab pilihan raya ini berpaksikan kepada undang-undang," katanya.

Sambil menyokong penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13, beliau juga mahukan PSC terus mengkaji perkara yang boleh menambahbaik proses pilihan raya di negara ini.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan