Polis Thailand 'Tahan' Suspek Pengganas Asing

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand 'menahan' seorang lelaki Lubnan sebagai suspek berikutan amaran yang dikeluarkan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di sini berhubung kemungkinan berlakunya serangan pengganas di bandar ini dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata suspek itu ditahan polis Thailand, namun enggan mengulas lanjut.

"Polis Thailand sudah lama dimaklumkan tentang perkara ini dan mereka mengekori suspek 24 jam sehari," katanya yang meminta orang ramai serta pelancong jangan panik kerana keadaan adalah terkawal.

Kedutaan Amerika Syarikat, menerusi laman webnya, Jumaat, memberi amaran kepada rakyatnya di Thailand berhubung kemungkinan pengganas asing melancarkan serangan di kawasan pelancong di ibu kota dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap isu keselamatan dalam negeri, Chalerm Yoobamrung, menjelaskan lelaki itu sebenarnya tidak ditahan. "Sebaliknya, lelaki Lubnan itu dijemput ke balai polis mengikut undang-undang Imigresen bagi membantu siasatan," katanya sambil menambah pihak polis mengetahui perkara itu sebelum Tahun Baru kerana kerajaan Thailand telah dimaklumkan Israel mengenai kedatangan kumpulan Hezbollah ke negara ini.

"Israel bimbang Hezbollah akan menyerang rakyatnya di Thailand," katanya.

Hezbollah adalah kumpulan militan dan parti politik yang berpangkalan di Lubnan dan muncul sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas negara itu pada 1982.

Amerika Syarikat dan Israel merupakan antara beberapa negara yang mengklasifikasikan Hezbollah sebagai sebuah pertubuhan pengganas.

Charlem juga berkata lelaki Lubnan itu bekerjasama dengan polis Thailand dan dia hanya akan ditahan jika siasatan mendapati ada sesuatu yang tidak kena.

"Kerajaan Thailand mampu mengawal keadaan dan kami tidak akan membenarkan pengganas asing melakukan sebarang serangan di negara ini," katanya.

Charlem berkata beliau difahamkan Amerika Syarikat tahu mengenai perkara itu dari Israel dan bertindak mengeluarkan amaran kepada rakyatnya di Thailand. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan