Polis Tawar RM10,000 Untuk Pemberi Maklumat Letupan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab dalam tiga letupan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Isnin lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya memandang serius insiden menakutkan itu dan sedang menyiasat bagi mengesan mereka yang terlibat.

"Saya hendak tawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi maklumat hingga kami dapat menangkap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan letupan itu.

"Siasatan sedang dijalankan dan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita. Khamis.

Beliau berkata, letupan itu yang berpunca daripada 'peranti buatan sendiri' memberi impak teruk kerana ia menakutkan orang ramai serta mencalarkan imej negara yang aman dan berdaulat.

"Ia perbuatan amat tidak bertanggungjawab. Pada hari itu, kita sedia berikan peluang untuk berhimpun dengan syarat ia dijalankan dengan aman, namun kejadian seperti itu pula berlaku.

"Selepas ini, kita perlu nilaikan semula setiap permohonan untuk berhimpun bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang," katanya.

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan tuduhan liar bahawa PDRM menjadi dalang letupan terbabit.

"Tolong hentikan tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas itu, saya kesal ada pihak yang menuduh PDRM terlibat dalam letupan itu seolah-olah pihak polis dan saya sendiri yang jahat sabotaj orang ramai," katanya.

Terdahulu, Ismail mewakili PDRM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2011/2012 dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Bukit Aman.

Seramai 22 pegawai kanan PDRM dan tiga pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikuti program itu bagi tempoh 18 bulan mulai 16 Disember tahun lepas.

Program itu, yang bermula sejak 26 Jun 2004, melahirkan 63 graduan sarjana dari PDRM. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan