Penetapan Gaji Minimum Mampu Tingkatkan Tenaga Kerja Tempatan - Maznah Mazlan - Berita Semasa | mStar

Penetapan Gaji Minimum Mampu Tingkatkan Tenaga Kerja Tempatan - Maznah Mazlan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUADZAM SHAH: Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata penetapan gaji minimum yang akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat mampu meningkatkan tenaga kerja tempatan dalam semua sektor pekerjaan terutama pertanian.

Beliau berkata sektor pertanian kini tidak mampu menarik minat tenaga kerja tempatan kerana kerjanya berat sedangkan upah yang dibayar tidak setimpal, sekaligus menyebabkan ia banyak bergantung kepada buruh asing.

"Penggunaan teknologi terkini dengan gaji yang setimpal bukan sahaja dapat menarik minat pekerja tempatan malah produktiviti juga dapat ditingkatkan, dan ini sekaligus meningkatkan kualiti modal insan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada sembilan wakil pelajar Politeknik Bandar Muadzam Shah, Jumaat.

Maznah berkata jumlah tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara perlu dipertingkat kerana pada masa ini, sektor pekerjaan hanya memiliki 28 peratus tenaga mahir, jauh ketinggalan dari negara serantau.

"Pada masa ini, kita mempunyai 12 juta tenaga kerja dalam semua sektor di mana 10.1 juta adalah tenaga tempatan dan 1.9 juta lagi tenaga kerja asing.

"Dari segi tenaga mahir, kita jauh ketinggalan berbanding negara jiran serantau seperti Singapura (50 peratus), Taiwan dan Hong Kong (48 peratus) dan manakala negara maju hampir 70 peratus," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan