Orang Awam Boleh Semak Harta Anggota Exco K'jaan Negeri PP Melalui Laman Web Rasmi

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Orang ramai boleh menyemak sendiri butir-butir pendapatan dan harta ketua menteri dan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang menerusi laman web rasmi kerajaan negeri itu.

Maklumat lebih terperinci harta exco-exco itu boleh dimuat turun dan dinilai oleh semua rakyat Malaysia melalui laman web kerajaan negeri Pulau Pinang di http://www.penang.gov.my.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan bahawa pengisytiharan harta secara terbuka ini menjelaskan lagi keseriusan dan keterbukaan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

“Exco Pulau Pinang yang memegang jawatan dan amanah awam sebulat suara bersetuju bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut kebertanggungjawaban penjawat-penjawat awam.

“(Oleh itu, Exco-exco) ingin menegaskan bahawa kami tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan yang lain selain daripada elaun awam sebagai penjawat awam dan wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berharap pihak media boleh memainkan peranan aktif menyebarkan maklumat harta exco-exco secara penuh.

Menurutnya, ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia pengisytiharan harta secara terbuka ini dikendalikan oleh sebuah firma audit bebas dan bukan oleh kerajaan negeri.

Firma audit yang diberi tanggungjawa menilai itu adalah KPMG dan rakan kongsi kanannya, Akauntan Bertauliah Ooi Kok Seng.

Semalam, Exco-exco termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Negeri, telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, penyebaran maklumat harta exco-exco Pulau Pinang adalah selaras dengan Akta Maklumat Bebas yang diperkenalkan tahun lepas, selain sistem tender terbuka yang telah mendapat pujian daripada Transparency International (TI) dan juga Ketua Audit Negara.

Sila klik di http://www.4shared.com/office/i53aGnoi/Pengisytiharan_aset_Ketua_Ment.html untuk maklumat terperinci pengisytiharan aset Ketua Menteri dan Exco-exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan