Kedutaan Amerika Syarikat Ditutup Isnin Ini

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada Isnin ini sempena cuti memperingati ulang tahun hari kelahiran mendiang Dr Martin Luther King Jr, pejuang hak asasi manusia negara itu yang mati dibunuh 44 tahun lepas.

Semua perkhidmatan di kedutaan itu, termasuk yang melibatkan pengeluaran visa dan pasport, akan disambung semula pada Selasa, demikian menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Kedutaan itu boleh dihubungi menerusi telefon 03-21685000 untuk kes-kes kecemasan.

King, yang terkenal dengan kata-katanya "I Have A Dream", menerima Hadiah Nobel Keamanan pada 1964, dibunuh pada April 1968 di Memphis, Tennessee.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan